Saya berasa sangat penat mendengar ayahku yang selalu menengking.Dia akan selalu
meledak marah terhadapku.Dia fikir yang saya seperti murid yang malas dan tidak bertanggungjawab.Dahulu,saya seperti begitu tetapi saya sudah berubah.Saya akan menduduki peperiksaan akhir tahun saya minggu hadapan.Saya tidak mahu mengecewakan ibu dan ayah saya lagi.
Satu minggu sudah akhir dan saya telah belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan ini.Apabila markah-markah untuk peperiksaan dikeluarkan,saya
melonjak dengan gembira.Saya telah mendapat markah yang cemerlang.
Rasa gembira dan syukur berbunga di lubuk hati ayahku.Dia juga berasa amat sedih terhadap dirinya kerana dia tidak percaya yang anaknya sendiri boleh belajar tanpa motivasi dia.Dia berasa bersyukur yang dia mempunyai anak yang berdedikasi terhadapnya.