Setiap tahun baru cina, temanya berbeza-beza. Tahun ini, kami menyambut tahun baru lembu jantan. Pada 25 Februari, sekolah saya telah mengadakan persembahan Hari Raya Cina. Kami menyambutnya dengan penuh meriah. Disitu terdapat banyak persembahan dan permainan juga seperti meneka lagu yang dimainkan. Saya telah dapat mempelajari sedikit tentang budaya cina. Mereka menyambut perayaan mereka selama 15 hari. Saya juga pelajari bahawa apabila mereka melawat saudara mara atau sahabat handai mereka, mereka harus membawa oren sebagai buah tangan. Seronok juga dapat mempelajari tentang budaya lain.