Setiap tahun saya pasti akan membuat azam baru. Tetapi malangnya tidak semua azam-azam saya tahun lalu tercapai. Kali ini, saya akan berusaha memastikan yang saya akan mencapai semua azam-azam saya. Saya ingin menjadi seorang pelajar yang cergas, rajin, berdisiplin dan berbakti kepada sekolah. Salah satu hobi saya ialah bermain bola sepak. Oleh itu saya berazam untuk bermain bola dengan lebih handal lagi seperti Lionel Andrés Messi. Saya tidak mahu menumpukan dalam bola sahaja tetapi pada pelajaran juga. Saya harap saya akan mendapat markah yang cemerlang dalam semua subjek saya. Oleh itu, saya ingin utamakan pelajaran saya lebih dari segala-galanya buat kali ini.